Saturday, April 1, 2017

Temporary People


Assalamualaikum.



Firstly, alhamdulillah dah graduate highschool weeeee. Seronok betul tinggal sekolah ye? Yelah orang kata nanti bila dah tua baru nak rindu-rindu zaman sekarang. For sure, kenangan indah, pahit serta manis tetap akan dirindukan hehehehe. Dah habis SPM, dah dapat result dah pun. Pasal result, hm Alhamdulillah tetap bersyukur walaupun ada rasa kecewa sikit pada diri sendiri. Tapi takpe, kita dah move on dengan result so let's back to our topic today, which is Temporary People.




Bagi aku, selama hampir 18 tahun tinggal kat bumi ni, aku dah jumpa bermacam-macam jenis orang. Ada yang kekal, ada yang pergi.

Alhamdulillah kalau korang semua masih ada yang setia & sudi untuk selalu disisi. Kalau korang semua ada kawan-kawan atau orang yang selalu ada waktu jatuh naik kita, waktu orang mencaci kita, waktu kita tiada sesiapa, waktu kita memerlukan seseorang, simpan & jagalah mereka baik-baik. Sebab apa? Sebab mereka ni orang-orang yang nampak baik buruk kita.

Lagilah kalau kau jenis yang baran ke annoying ke atau apa2 perangai yang orang lain susah nak terima, tup tup kau nampak seorang dua tu je yang ada disisi kau. Yang lain (geng-geng temporary people) semuanya dah pergi sebab takboleh terima kekurangan yg kau ada.

Kadang-kadang terkilan. Ni ke cara manusia? Nampak cacat cela seseorang sikit terus buat keputusan untuk pergi?

Sedar jugaklah yang diri kita tak sempurna.  Tapi cara mereka tu jelas-jelas boleh buat kita rasa seperti dibuang, dicampak ke tempat lain selepas mereka kenal kita. Jadi aku rasa, sebenarnya, bukannya "tak kenal maka tak cinta". Tapi bila dah kenal, mereka makin benci pula. *emotional* hahahahaha.

Walau macam mana pun, kalau korang pernah terasa situasi yg macam ni, jangan anggap yg hidup kau dah gelap hanya sebab seorang perosak ni  je. Aku pun pernah mengalami situasi yg sama. Pernah jadi orang paling clueless di dunia, sebab bertanya pada diri sendiri, "Apa salah aku?". Pernah tenggelam dalam perasaan yang rasa macam ... susahnya nak keluar dari situ. Macam tak ada jalan langsung.
Padahal ada je jalan yang terbentang luas.

Jalan penyelesaiannya,

Kau kena sedar, bukan dia seorang yang wujud di muka bumi ni. Yelah walaupun mungkin kita sayang friendship atau sesuatu ikatan tu sebab dah banyak kenangan bersama sejak kecil, tapi kalau orang nak tinggal kau, orang tak hesitate. orang tinggal je. Orang lain bukan macam kau yang lembik, innocent, dan tak pernah terfikir nak tinggalkan atau pergi dari hidup seseorang. (diri sendiri). Head up, guys. Benda benda macam ni take time. Memang akan ada hari-hari dimana kau teringat semua kenangan manis. Memang akan ada waktu-waktu kau jatuh sebab rindu. Waktu-waktu kau perlukan mereka.

Tapi...

Siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri?

Pick yourself up. Time heals. You will get better.

And that's how I clean my life.



Cheer yourself up.



1 comment:

Zuraini Muhammad said...

hiiii...bw here,slmt habis SPM...hehehe,salam kenal dik